Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2019

KESALAH-KESALAHAN SEWAKTU HADIR UNTUK SOLAT JUMAAT YG DILAKUKAN TAMPA SEDAR.

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia. Manusia tak pernah lari dari kesalahan cuma malang selalu berlaku kesalahan kerana kurang ilmu terutama ketika Solat Jumaat. Nampak remeh tetapi boleh mengurangkan pahala malah silap-silap boleh habis lansung pahala solat Jumaat. Saya sendiri pun tak terlepas daripada kesilapan ketika solat jumaat jadi mari kita berazam sungguh-sungguh untuk tidak melakukan kesilapan untuk mendapat redha ALLAH. Kekadang bukan sahaja anak-anak yang bising ketika solat Jumaat tetapi bapak budak tak kurang lebihnya berbual macam tak ada apa-apa sedang berlaku walaupun khatib sedang berkhutbah. Berikut beberapa kesilapan ketika solat Jumaat yang telah disemak betul semuga menjadi mengajaran untuk kita semua insan lemah. 1. Datang lewat ke masjid. Kata Rasulullah SAW: Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang shalat), apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah), ...