Imam Abu Hanifah rahimahullah. Beliau telah mengithbatkan (menetapkan) dan menjelaskan tentang nama-nama dan sifat-sifat Allah Azza wa-Jalla:



وَلَهُ يَدٌ وَوَجْهٌ وَنَفْسٌ كَمَا ذَكَرَهُ اللهُ تَعَالَى فِى الْقُرْآنِ فَمَا ذَكَرَهُ اللهُ تَعَالَى فِى الْقَرْآنِ مِنْ ذِكْرِ الْوَجْهِ وَالْيَدِ وَالنَّفْسِ فَهُوَ لَهُ صِفَاتٌ بِلاَ كَيْف وَلاَ يُقَالُ اِنَّ يَدَهُ قُدْرَتَهُ اَوْ نِعْمَتَهُ لاَنَّ فِيْهِ اِبْطَالُ الصِّفَة.



"BagiNya tangan, muka dan nafs sebagimana yang diterangkan di dalam al-Quran, maka apa yang diterangkan oleh Allah Ta'ala di dalam al-Quran seperti menyebut muka, tangan dan nafs, maka bagiNya sifat tanpa ditanya bagaimana? Dan tidak boleh dikatakan bahawa tanganNya ialah kudrat (kuasa)Nya atau nikmatnya kerana perbuatan tersebut membatalkan sifat (Allah).



وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ



“Dan tetap kekal wajah Rabb-Mu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.” (Qs. Ar-Rahman: 27)



وَاصْبِرْ لِحُكْمِ رَبِّكَ فَإِنَّكَ بِأَعْيُنِنَا وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ حِينَ تَقُومُ



“Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Rabb-mu, sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan mata Kami.” (Qs. Ath-Thur: 48)



قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَن تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ الْعَالِينَ



“Apakah yang menghalangi kamu sujud kepada (Adam) yang telah Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku.” (Qs. Shad: 75)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Antara Kambing dengan Biri-Biri

Apa itu Sufi?

Apa itu fahaman asy'ariyah dan Maturidiyah?