Buy Small First (BSF) And Buy Local First (BLF)
IZINKAN SAYA BERKEMPEN SEDIKIT..
1. Ekonomi sedang sakit.
2. 600,000 (angka KWSP di Bajet 2021) ke 800,000 orang (angka Berita Harian) dijangka sudahpun diberhentikan kerja.
3. Ramai lagi dijangka akan menyusul.
4. Perniagaan-perniagaan kecil terjejas teruk. Jika adapun yang meniaga di atas talian, sudah mula terasa jualan menurun lantaran pemberhentian morotarium. Tidak termasuk lagi angka keganasan rumah tangga yang mancanak naik.
5. Bajet 2021 kelihatannya tidak banyak membantu. Malah ramalan pendapatan negara akan pulih seperti sedia kala bermula Januari 2021 di dalam Bajet, agak menakutkan.
6. Apa akan jadi jika ekonomi pulih dengan perlahan tetapi wang keluar yang dijanjikan tetap perlu dikeluarkan? Kerajaan perlu berhutang lagi?
7. Apapun, saya akui kerajaan ada berusaha. Dan saya faham berapa banyak pun bantuan kerajaan beri, jika pengguna memilih untuk tidak berbelanja, atau berhati-hati dalam berbelanja - situasi tetap akan bertambah buruk.
8. Seperti situasi kita sekarang.
9. Namun dalam masa yang sama, saya juga faham yang pemilik wang adalah pembuat keputusan mutlak atas wang mereka.
10. Dan berjimat-cermat serta berhati-hati dengan tunai adalah satu pilihan logik buat masa ini.
11. Maka, izinkan saya berkempen dua perkara.
12. Buy Small First (BSF).
13. Buy Local First (BLF).
14. Impak kejutan kepada jualan syarikat besar adalah 6 bulan sebelum mereka mengambil keputusan untuk membuang pekerja.
15. Tetapi bagi peniaga kecil setempat - impak tiada jualan bermakna belum tentu ada lauk di atas meja esok hari. Dan pekerja perlu diberhentikan juga esok.
16. Apabila orang yang masih bergaji ingin berbelanja - pilihlah peniaga setempat. Utamakanlah peniaga kecil.
17. Jumlah wang yang keluar masih sama. Jimat-cermat terus diamalkan. Hanya berubah tangan yang menerima tunai itu.
18. Hanya rakyat yang mampu menjaga rakyat sekarang. Ketidakpuashatian kepada pemimpin nampak seperti tidak membawa makna.
19. Saya sudah mulakan perkara ini. Jika peniaga kecil setempat mampu dihidupkan - ekonomi setempat masih bergerak, peluang kerja setempat boleh berkembang.
20. Jom BSF! Moh BLF!
Terbaik cadangan ini
BalasPadamBMF
BalasPadam