Tanah Ini Tanah Jawi

 Istana Kampung Glam


 

        Di republik moden Singapura, siapa sangka bahawa kerabat diraja daripada raja negara itu pada abad ke-19 kini hanya bekerja seperti orang biasa, mencari rezeki dengan membawa teksi, bekerja sebagai tukang cuci dan sebagainya.

Sultan Hussein Shah


        Begitulah yang dialami oleh Tengku Shawal, (51) dan keluarganya yang merupakan salah seorang dari keturunan Sultan Hussein Shah.

Tengku Shawal

        Tengku Shawal, seperti yang dibawa dalam namanya, adalah seorang putera yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Sultan atau pemerintah diraja. Bagaimanapun, pada hari ini, masih ramai lagi penduduk di Singapura yang tidak mengetahui tentang kewujudan mereka.

        Tengku Shawal menerusi temu bualnya bersama Reuters memaklumkan bahawa beliau pernah tinggal di istana yang terletak di Kampong Glam sebelum seluruh kaum kerabatnya diminta untuk berpindah bagi menjadikan istana berkenaan sebagai sebuah muzium tarikan pelancong.

        Menurut Tengku Shawal, sehingga kini beliau masih lagi mengunjungi muzium yang pernah menjadi kediamannya suatu ketika dahulu disamping melawat masjid dan tanah perkuburan yang berada berdekatan dengan lokasi muzium berkenaan.

        Tengku Faizal,(43) yang juga pernah tinggal di istana dan memutuskan untuk tinggal bersendirian pada tahun 1999 kini dilaporkan pernah mencari rezeki sebagai seorang tukang cuci di sebuah kondominium di Singapura sebelum memutuskan untuk menjadi pemandu teksi.

        

Tengku Faizal

        Kerana kehidupan yang serba kekurangan, Tengku Faizal turut menyatakan bahawa isterinya juga perlu bekerja di restoran makanan segera McDonald’s untuk membantu menampung perbelanjaan seharian mereka.

        Sementara itu bagi Tengku Indra (67), beliau mengingatkan kerabat Tengku Hussien agar tidak hidup bersandarkan zaman silam atau terlalu fokus pada kesusahan yang dialami. Perunding yang juga pernah menetap di Istana Kampung Glam itu berkata "kita bukan sebuah dinasti, ia tidak penting sama ada anda seorang kerabat diraja atau tidak. Apa yang penting anda harus bekerja keras mengikuti meritokrasi daripada menikmati status berdasarkan sejarah silam".

        Adakah generasi muda singapura tidak lagi menghargai atau berminat dengan sejarah kesultanan Sultan Hussien Shah? Hanya masa yang akan menentukan...

Rujukan - Reuters 2020. Cabbies and Office Wokers: Meet Singapore Ordinary Royals. Free Malaysia Today : https://www.freemalaysiatoday.com/category/world/2020/10/27/cabbies-and-office-workers-meet-singapores-ordinary-royals/


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perbezaan Antara Kambing dengan Biri-Biri

Apa itu fahaman asy'ariyah dan Maturidiyah?