THE NEXT NORMAL
"THE NEXT NORMAL.."
1. Benarkah kita sudah meninggalkan era "new normal" dan sekarang masuk ke era "next normal"?
2. Kalau tanya saya, saya akan jawab ya.
3. Kerana COVID19 merubah kita dan perubahan itu akan kekal. Dan sudahpun kekal, sebenarnya.
4. Tidak! Saya bukan maksudkan penjarakan sosial atau ber'mask' di tempat awam. Itu semua akan ditinggalkan bila vaksin ditemui.
5. Saya maksudkan dalam konteks yang lebih besar.
6. Baru-baru ini Facebook bergabung dengan Bain & Company membuat satu kajian - dan mendapati 5 tahun transformasi digital Asia Tenggara telah berlaku dalam 1 tahun. Angkara COVID19.
7. Bermaksud jumlah 'digital consumer' 310juta yang dijangka pada hujung 2025 telah dicapai pada 2020!
8. Hampir separuh dari peniaga kecil Malaysia sudahpun melaporkan hampir 1/4 jualan mereka datangnya dari online, di musim pandemik.
9. 48% kuasa beli Malaysia pula menyatakan yang e-commerce sudah menjadi tempat membeli barang utama mereka.
10. Adakah perkara ini akan berubah semula kepada old normal selepas vaksin ditemui? Saya tidak rasa begitu.
11. Kerana itu saya katakan kita sudahpun berada di era "next normal". Bukan lagi "new normal".
12. Bila difikirkan semula, pada akhirnya COVID19 bukan mengajar kita membuat benda baru. Tetapi ajar kita untuk mengesampingkan apa yang tidak penting dalam hidup kita.
13. Meeting Zoom tanpa karipap & bihun, boleh aja! Beli barang tanpa keluar rumah, bisa pak! Bekerja sambil berpelekat, beres boss! Yang penting keputusan mesyuarat dicapai, barang sampai, kerja siap. Dulu rasa macam mustahil.
14. Tiada lagi cium tangan ahli politik. Tiada lagi ambil duit bantuan perlu majlis besar-besaran. Tiada lagi makanan terbazir di kenduri besar. Tiada lagi kemegahan gambar bercuti!
15. Jadi ... Kalau orang kata COVID19 & dunia digital mengurangkan kualiti hidup - saya kurang setuju.
Sumber - Fb Mohszin Mokhtar
#COVID19
#malaysia2020
#hiduppeniaga

Setuju. Covid19 menganjak kita berubah pantas. Mahu atau tak kita mesti laluinya.
BalasPadam